Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU15: Bersatu serah pimpinan PN tentukan calon, kerusi  -

PRU15: Bersatu serah pimpinan PN tentukan calon, kerusi 

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dalam membuat ketetapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ketetapan itu melibatkan dua perkara iaitu berkenaan pembahagian kerusi dan penentuan calon.

Perkara itu dinyatakan Ahmad Faizal semasa berucap pada sesi penggulungan Konvensyen PN 2022 dan sambutan Ulang Tahun PN ke-2 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Sabtu.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi PN berkata, Bersatu turut memberi sokongan kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat sebarang keputusan.

“Bersatu beri sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin bersama dengan Majlis Tertinggi PN untuk membuat apa juga keputusan yang diperlukan agar dapat memenangi pilihan raya akan datang,” ujarnya memetik laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menegaskan, perjuangan menentang rasuah dan salah guna kuasa akan menjadi fokus utama bagi gabungan itu.

“Ia akan terus menjadi agenda penting dalam memastikan Malaysia terus bebas daripada amalan rasuah serta salah guna kuasa.

“Selagi PN diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat, maka kita akan memastikan pentadbiran negara ini terus kekal terhindar daripada unsur-unsur yang merosakkan negara,” ujarnya.