[VIDEO] Zul Ariffin, Ebit Lew turun padang beri sumbangan

SEJAK kebelakangan ini, dapat lihat beberapa artis atau selebriti di Malaysia yang telah memilih untuk mendekatkan diri dengan agama dan melakukan beberapa amalan baik yang patut dicontohi orang ramai.

Salah satu contoh usaha baik para selebriti ini adalah seperti mana yang dilakukan oleh Zul Ariffin bersama pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Ebit dalam satu hantaran  Instagram beliau berkongsi video yang menunjukkan beliau bersama seorang pelakon terkenal tanah air, Zul Ariffin memberi sumbangan kepada penerima.

Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat Zul Ariffin mengendong sendiri beras untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bersama pendakwah itu.

Ustaz Ebit Lew turut meminta orang ramai sama-sama berdoa untuk kita terus buat kebaikan di samping mencari keredhaan Allah.

Susulan daripada perkongsian tersebut, orang ramai telah membanjiri ruangan komen Zul Ariffin dengan komen-komen yang positif. 

“Ni baru boleh dinamakan hero-hero melayu, alhamdulillah makin ramai ikut jejak ebit Lew..” kata seorang pengguna Instagram, @athirahl.

“Assalamualaikum abang, semoga Allah permudahkan urusan abang, InsyaAllah Aamiin” kata @syahirah9523.

Manakala seorang lagi pengguna Instagram @indahahamid_ yang memberikan komen mengenai beras dirumahnya juga telah habis telah menarik minat beberapa pengguna lain untuk membalas komen tersebut.

“Tiba-tiba rumah saya macam takde beras, gurauuu” katanya. -SB