Jong Yee Khie raih satu lagi pingat buat Malaysia

0
232

ATLET powerlifting negara, Jong Yee Khie berjaya meraih satu lagi pingat buat negara apabila menduduki tempat kedua dalam acara lelaki 107 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Pentas akhir saingan tersebut menyaksikan Yee Khie mengangkat bebanan 237 kg sekaligus memberikan pingat perak buat Malaysia.

Atlet berusia 33 tahun itu cuba mengangkat 245kg bagi mengatasi catatan peribadi terbaikmnya musim ini iaitu 239kg namun tidak berjaya dan berpuas hati dengan angkatan 237kg.

Sementara itu, wakil Mongolia, Enkhbayar Sodnompiljee mencatat rekod baharu Sukan Paralimpik apabila berjaya melakukan angkatan 248kg sekaligus meraih pingat emas.

Manakala wakil Iran, Saman Razi yang dijangka memberikan tentangan pada saingan itu berpuas hari dengan pingat gangsa selepas melakukan angkatan seberat 231kg.

Ia adalah pingat kedua buat Malaysia selepas kejayaan Bonnie Bunyau Gustin yang mencipta sejarah menyumbang emas pertama buat kontinjen negara di temasya berprestij itu pada Sabtu.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here