Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu maut, treler muatan konkrit jatuh gaung  -

Pemandu maut, treler muatan konkrit jatuh gaung 

SEORANG lelaki maut selepas treler muatan konkrit yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Gunung Paku, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri dan tersepit dalam kenderaan, lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.52 pagi. “Setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Hulu di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah treler muatan konkrit terbabas dalam gaung.

“Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu treler tidak sedarkan diri dalam longkang, dan kemudiannya meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis, memetik laporan Astro AWANI.

Menurut kenyataan itu lagi, anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ridzwan Abdul Rahman itu tamat pada jam 10.50 pagi.