Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu - Kelate.Net -

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu – Kelate.Net

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu menjalankan siasatan secara telus serta adil insiden kekecohan antara penyokong Kelantan FC dengan Perak FC pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, semalam.

Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) Mohd Nurul Mohd Yusoh berkata siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

“MFL dan FAM perlu mendapatkan laporan penuh daripada pihak tuan rumah serta pelawat untuk mengetahui punca tercetusnya insiden tersebut sebelum membuat sebarang keputusan bagi menjaga keharmonian sukan bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Norul berkata pihaknya kesal dengan insiden itu kerana tidak memberikan sebarang keuntungan, sebaliknya memberi imej buruk kepada sukan bola sepak di Malaysia selain merosakkan harta benda atau mendatangkan kecederaan.

“Budaya tersebut jelas bercanggah dengan tata tusila dan gaya hidup rakyat Malaysia yang penuh dengan tertib,” katanya.

Perlawanan yang menyaksikan Kelantan FC tewas 1-2 kepada Perak dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan penyokong kedua-dua pasukan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kekecohan dipercayai berpunca daripada provokasi antara penyokong, namun tiada pergaduhan dan kecederaan dilaporkan.–Bernama