Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bilik sauna di KLCC terbakar -

Bilik sauna di KLCC terbakar

Sebuah bilik sauna di Menara 3 Suria KLCC dilaporkan terbakar petang tadi.

Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Rozihafizam Othman, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang berhubung kejadian tersebut.

Katanya, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dan jentera bantuan dari BBP Titiwangsa dengan kekuatan seramai 13 anggota bersama dua buah jentera FRT diarah ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba sampai di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran di dalam sebuah bilik sauna berukuran 7 x 12 kaki persegi yang berada di tingkat G Menara 3 Suria KLCC.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sembilan minit kemudian. Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus,” katanya dalam kenyataan tersebut, memetik laporan Astro AWANI pada Selasa.

Jelas Mohd Rozihafizam, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Terdahulu, tular di laman sosial dipercayai pekerja di Menara Petronas 3 KLCC diarah keluar dari bangunan.

Video berdurasi tujuh saat dikongsi di laman sosial Twitter memaparkan sekumpulan individu berada di luar menara berkenaan.

Salah seorang pengguna Twitter, House of Murraly turut mendakwa kebakaran dipercayai berlaku di salah sebuah kedai di pusat beli-belah Suria KLCC.

Katanya, akses untuk memasuki bangunan Suria KLCC ketika ini antaranya dibuka melalui Pintu Masuk Ampang.

Sementara itu, beberapa warganet lain mendakwa perkhidmatan lif di bangunan KLCC tidak berfungsi dipercayai akibat gangguan.