SETELAH ‘dine-in’ di restoran dibenarkan, orang ramai akhirnya dapat kembali mengunjungi restoran untuk menikmati hidangan kegemaran mereka.
Seorang pengguna Tiktok, @kenanganmengusikjiwaaa telah berkongsi satu hantaran yang menunjukkan seorang lelaki berasa sebak berpeluang menghirup air teh tarik kegemarannya di Restoran Mamak.
Bagaimapun, telatah beliau telah menarik minat orang ramai dan video tiktok tersebut telah ditonton lebih 1 juta penonton.
Selain itu, komen-komen orang ramai juga banyak berkata bahawa mereka terhibur dengan telatah lelaki tersebut.
Namun, lain pula dengan seorang pengguna Tiktok @ayohpink666 yang berkata, beliau teringat akan dua orang kawannya yang meninggal disebabkan jangkitan Covid-19.
“Aku hilang 2 orang kawan sebab Covid. Teringat kenangan tengok bola kat mamak dgn arwah. Alfatihah kawan semoga kau tenang di sana” katanya.
Oleh itu, walaupun ‘dine-in’ dibenarkan, tetaplah patuhi SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19. -SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.