Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
CSA: Hanya persefahaman, bukan perjanjian - Saifuddin -

CSA: Hanya persefahaman, bukan perjanjian – Saifuddin

SEORANG pemimpin kanan PKR menafikan blok pembangkang akan memuktamadkan Perjanjian Kepercayaan dan Perbekalan (CSA) dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiada rundingan CSA berlaku, sebaliknya ia hanya persefahaman dan bukan perjanjian.

“Ia bukan perjanjian CSA antara kerajaan dan PH tetapi lebih kepada satu persefahaman demi kebaikan rakyat.

“Perjanjian CSA sebelum ini adalah inisiatif individu, antara beberapa pemimpin pembangkang dan kerajaan terdahulu di bawah Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tanpa persetujuan oleh pucuk pimpinan PH (Pakatan Harapan),” katanya dipetik portal Malaysiakini hari ini.

Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan dakwaan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua yang mengatakan blok pembangkang sedang berunding dengan Ismail Sabri untuk memuktamadkan perjanjian CSA.

Jelas Saifuddin Nasution lagi, sebarang keputusan persefahaman itu masih bergantung kepada komitmen Ismail Sabri terhadap agenda melibatkan kepentingan rakyat.

“Sekarang ia sudah jadi formal antara kerajaan dengan pembangkang. Finaliti itu bergantung komitmen kerajaan Ismail Sabri terhadap agenda prorakyat dan proreformasi,” katanya lagi.