Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bas 'makan jalan' sebelum langgar tiga kenderaan lain -

Bas ‘makan jalan’ sebelum langgar tiga kenderaan lain

KECUAIAN seorang pemandu bas dipercayai menjadi punca kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Klip kejadian itu yang kini tular menunjukkan rakaman sebuah bas dipandu secara cuai sehingga memasuki laluan bertentangan di kawasan selekoh sebelum berlanggar dengan sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Akibat pertembungan itu, kereta berkenaan dirakam berpusing dan terbalik di kawasan semak di bahu jalan manakala motosikal berkenaan tidak diketahui.

Bagaimanapun, klip berdurasi 18 saat yang dimuat naik di laman Facebook Malaysia Crime Watch tidak menyatakan nasib serta pemandu bas tersebut.

Tinjauan SatuBerita pada ruangan komen mendapati netizen mengecam sikap pemandu bas kerana mengakibatkan kemalangan tersebut.

Mizza Sya berkata kecuaian serta kesalahan yang dilakukan pemandu bas itu memberi impak dan kesan buruk terhadap pengguna jalan raya yang lain.

“Dah nampak kereta lain macam tiada cubaan untuk elak, mabuk atau ngantuk (pemandu bas)? Kasihan orang lain pula yang jadi mangsa,” katanya.

Seorang lagi warganet, Ali Penang Fam pula berharap keluarga mangsa untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas tersebut.

“Keluarga mangsa (perlu) saman pemandu serta syarikat. Semoga Allah permudahkan semua urusan mangsa,” katanya.

Bagi Coca Kola, lesen memanu pemandu bas tersebut wajar digantung kerana kecuaian yang mengakibatkan kecelakaan terhadap orang lain.

“Gantung lesen seumur hidup la. Kalau mengantuk, suruhlah pembantu bas untuk pandu,” ujarnya.