Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN utamakan agenda bahagiakan rakyat hadapi PRU-15 -

PN utamakan agenda bahagiakan rakyat hadapi PRU-15

MEMULIHKAN ekonomi serta menyelesaikan masalah rakyat yang terkesan akibat kenaikan harga barangan, digariskan sebagai antara agenda utama Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata gabungan parti itu sentiasa mengutamakan agenda membahagiakan rakyat di negara ini.

Beliau berkata, walaupun tidak menyediakan manifesto ketika mengambil alih pentadbiran negara sebelum ini, PN telah membuktikan kemampuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat apabila negara mula dilanda pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

“Justeru, kita meminta seluruh rakyat agar terus memberi mandat kepada PN pada PRU nanti kerana banyak lagi agenda mensejahterakan rakyat akan dilaksanakan,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran PN peringkat negeri Terengganu yang disempurnakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di pekarangan Masjid Rusila, Marang pada Sabtu.

Majlis itu turut dihadiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Pengerusi Badan Perhubungan PN Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Datuk Razali Idris.

Sementara itu, Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, PN muncul sebagai ‘sinar baharu’ kepada pentadbiran negara.

“PN juga menjadi wadah penyatuan kepada parti Melayu dan Islam serta parti bukan Islam yang menepati konsep masyarakat majmuk di negara ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, berdasarkan rekod prestasi dan kewibawaan kerajaan Persekutuan ketika bawah pentadbiran PN serta kerajaan negeri meliputi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Sabah, rakyat mempunyai pilihan lebih baik untuk memilih gabungan parti itu pada pilihan raya kelak.