Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sukan Komanwel: Skuad angkat berat sumbang emas kedua Malaysia -

Sukan Komanwel: Skuad angkat berat sumbang emas kedua Malaysia


SKUAD angkat berat negara terus mencipta sensasi apabila menyumbangkan pingat emas kedua kepada Malaysia, pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di sini, hari ini.

Muhamad Aznil Bidin memastikan Jalur Gemilang terus berkibar megah di Pusat Pameran Nasional (NEC) apabila melakukan angkatan bebanan keseluruhan 285 kilogram (kg) dalam kategori 61kg lelaki, sekali gus mencatat rekod baharu temasya.

Badang kelahiran Kedah itu, melakukan angkatan snatch 127kg dan 158kg bagi clean & jerk.

Kejayaan tersebut juga sekali gus membuktikan kehebatan atlet berusia 28 tahun itu, yang berjaya mempertahankan gelarannya yang dimenangi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Atlet Papua New Guinea Morea Baru memenangi pingat perak dengan mencatat angkatan keseluruhan seberat 273kg, sementara gangsa menjadi milik Gururaja Poojary dari India dengan angkatan bebanan 269kg.