Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan lelaki duduk atas bumbung Vellfire -

Polis tahan lelaki duduk atas bumbung Vellfire

Lelaki yang duduk di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dipandu ketika bersiar-siar di pulau ini minggu lalu ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, pada jam 7 malam.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan kumpulan rakannya adalah pelancong tempatan yang datang bercuti ke pulau ini.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, lapor BH Online.

Sebelum ini, tular rakaman video dan beberapa gambar memaparkan seorang lelaki keluar melalui bumbung kenderaan sebelum duduk di atas MPV mewah berkenaan ketika bersiar di pulau ini.