BEKAS Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dilaporkan ditembak ketika berucap di bandar raya Nara, barat Jepun pada Jumaat, lapor BERNAMA yang memetik Agensi Berita Xinhua.
South China Morning Post yang memetik stesen penyiaran NHK pula melaporkan seorang lelaki ditahan ekoran insiden tersebut.
Wartawan NHK yang berada di tempat kejadian mendakwa mendengar bunyi dua das tembakan.
Abe dilaporkan terbaring berdarah dan dikejarkan ke hospital.
Berita lanjut menyusul…
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.