Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM umum senarai kabinet esok, angkat sumpah Isnin - Pejabat PM -

PM umum senarai kabinet esok, angkat sumpah Isnin – Pejabat PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai anggota kabinet baharu esok, manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula akan berlangsung Isnin depan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu pesanan ringkas berkata pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh perdana menteri dibuat pada pukul 11 pagi esok, manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pada pukul 2.30 petang Isnin, 30 Ogos.

Bernama dalam laporannya menyebut, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada perdana menteri, di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos lepas.

Sementara itu, Ismail Sabri semasa meninggalkan Bangunan Perdana Putra petang ini ketika dihampiri media yang telah menunggu di luar bangunan itu sejak tengah hari tadi sekadar berkata: “Esok, esok, pukul 11”. – SB