Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Elok urus masalah sendiri, Muhyiddin beritahu Najib -

Elok urus masalah sendiri, Muhyiddin beritahu Najib

BEKAS menteri dalam negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menempelak kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempertikai penafiannya terhadap dakwaan menerima rasuah sebanyak RM1.3 juta pada 2018. 

Ini susulan hantaran di Facebook oleh Najib yang dilihat mempersendakan kenyataan Muhyiddin tidak menerima sogokan kerana menjalani rawatan kanser. 

“Dia bukan hakim. Elok dia manage dia punya problem (masalah),” katanya pada sidang media selepas Majlis #RuangBelia anjuran Institut Masa Depan Malaysia di Sime Darby Convention Centre (SDCC), Kuala Lumpur, pada Selasa.

Muhyiddin berkata, kenyataan sudah dikeluarkan terhadap dakwaan tersebut dan tidak perlu mengulas lebih lanjut mengenainya. 

“Saya kata waktu itu saya tidak ada di sini.

“Jadi, saya minta tak perlu dibahas lagi,” 

Sejurus selepas media melaporkan tentang dakwaan tersebut, Muhyiddin memberi kenyataan menafikan beliau menerima rasuah kerana sedang menjalani rawatan akibat penyakit kanser. 

Menurut keterangan pengurus pentadbiran UKSB David Tan di mahkamah dalam perbicaraan rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 18 Jun lalu, sejumlah wang tersebut dipindahkan kepada Muhyiddin secara tunai dalam tiga transaksi yang ditandakan pada 4 Jun, 4 Julai dan 23 Ogos 2018. 

Transaksi itu disebut ketika Tan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah terhadap Zahid membabitkan Sistem Visa Asing (VLN). 

Ketika ditanya mengenai kenyataan bekas pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu tidak pernah menerima sumbangan sebanyak RM1.3 juta seperti yang didakwa, Muhyiddin meminta mana-mana pihak supaya tidak membuat andaian sendiri. 

“Seolah saya terima (wang tersebut) dan parti tak terima,”

Beliau sekali lagi menegaskan bersedia untuk disiasat pihak berkuasa mengenai dakwaan tersebut. 

Selain Muhyiddin antara ahli politik lain yang disebut-sebut sepanjang prosiding itu iala Khairy Jamaluddin; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; dan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Sehingga kini, hanya Muhyiddin dan Anifah yang sudah menafikan menerima dana tersebut.