CUBAAN seorang wanita membunuh diri dengan terjun Jambatan Tanjung Lumpur, awal pagi tadi, dekat sini, gagal apabila diselamatkan nelayan yang berada di kawasan berdekatan.
Astro AWANI melaporkan, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.08 pagi, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba Kuantan bergegas ke lokasi kejadian.
“Setiba di lokasi, didapati seorang wanita telah terjun dari jambatan dan mangsa berada berdekatan dengan sebuah bot nelayan yang kebetulan berada di situ.
“Pasukan Bomba segera meminta bantuan nelayan itu untuk menyelamatkan mangsa dan dibawa ke tebing sungai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, mangsa telah diberikan rawatan CPR oleh pasukan EMRS sehingga keadaan mangsa stabil sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan susulan.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.