Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19 -

Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

SEBANYAK 1,111,499 atau 31.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,671,828 kanak-kanak atau 47.1 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,909,039 atau 93.5 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,679 atau 96.6 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 16,078,909 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,972,623 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,248,575 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,860 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 7,296 dos pertama, 12,179 dos kedua dan 1,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,784,541. 

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak tiga kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes di Pahang. – BERNAMA