Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa - Raja Perlis -

Kemajuan tidak dapat dicapai jika amalan rasuah berleluasa – Raja Perlis


RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam kehidupan seharian masyarakat.

Baginda bertitah perbuatan seperti meminta, menawar, memberi dan menerima rasuah adalah salah disisi agama dan undang-undang negara.

“Amalan rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial dan seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara,” titah baginda pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-79 di Istana Arau, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan barisan exco kerajaan negeri.

Seramai 325 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda berkenan menganugerahkan darjah-darjah kebesaran itu kepada 22 orang penerima hari ini, manakala 303 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain.

— BERNAMA