Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Antonio balas kritikan Moyes -

Antonio balas kritikan Moyes

ARAHAN taktikal khas untuk Michail Antonio ketika waktu rehat ternyata menjadi buat West Ham apabila kelab itu merakam kemenangan 4-1 mengatasi Leicester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan itu memboleh skuad kendalian David Moyes meneruskan permulaan sempurna musim ini dan mereka mendahului saingan menerusi gol babak pertama Pablo Fornals.

Perlawanan di Stadium London menyaksikan Leicester beraksi dengan 10 pemain apabila Ayoze Perez dibuang padang pada minit ke-40 tetapi West Ham gagal merebut peluang menambah jaringan.

Said Benrahma menjaringkan gol kedua West Ham selepas rehat sebelum Youri Tielemans kembali mendapatkan satu gol buat Leicester.

Antonio dan Paolo Di Canio terikat selaku pemegang rekod dengan 47 gol buat West Ham dalam Liga Perdana.

Pemain berusia 31 tahun kemudiannya meledak dua gol pada penghujung saingan ketika West Ham mengulangi kemenangan 4-2 minggu lalu, dalam aksi di Newcastle.

“Saya gembira dengannya. Saya kecewa dengan cara dia bermain pada babak pertama tetapi ia sudah cukup untuk membalas apa yang saya katakan kepadanya pada babak pertama,” kata Moyes mengenai Antonio.

Walaupun tidak aktif dalam perpindahan musim panas, West Ham kini berkedudukan teratas liga dan tampak boleh mengatasi penamat keenam musim lalu.

Skuad Hammers menang dua perlawanan pembukaan dalam Liga Perdana hanya buat kali kedua dalam sejarah kelab itu.

“Ia malam yang menakjubkan buat kami. Pasukan bermain sangat baik. Pemain mereka yang dibuang padang mengubah sedikt perlawanan tetapi kami melakukannya dengan bagus,” kata Moyes. – AFP