Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Suami isteri belum vaksin 'bangga' makan di restoran -

Suami isteri belum vaksin ‘bangga’ makan di restoran

TINDAKAN seorang wanita serta keluarganya yang belum divaksin melakukan ‘eksperimen sosial’ menguji pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kedai makan, serta beberapa premis lain mencetuskan kemarahan.

Wanita itu bersama suami dan anaknya yang masih kecil dengan bangganya mendakwa, mereka bebas keluar ke mana saja walaupun tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, wanita itu berkongsi hasil kajian mereka untuk melihat sama ada boleh atau tidak makan di kedai tanpa melengkapkan dua dos vaksin.

“Hari itu beberapa hari saya buat ‘social experiment’ lepas media beritahu yang dua dos vaksin boleh masuk sana sini, tetapi yang tiada boleh mereput di rumah.

“Saja nak cuba semua kedai saya masuk, tiada satu premis pun yang semak saya dua dos ke tidak,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Wanita itu juga menyatakan bahawa suaminya turut mencuba untuk masuk ke dua buah kedai gunting rambut, namun dihalau kerana tidak cukup dua dos vaksin, tetapi masih dapat masuk ke sebuah kedai gunting rambut yang lain.

Tambahnya, dia dan keluarga turut mencuba nasib pergi bersarapan di sebuah kedai yang tidak dinyatakan lokasinya, dan berbangga apabila tiada sebarang semakan dilakukan dan mereka bebas menikmati hidangan tanpa masalah.

“Siapa kata tak cucuk dua dos tidak boleh dine in? Tanpa dua dos pun kami dah selamat dine-in pagi ni. Tiada yang mustahil,” katanya.

Pada 20 Ogos lalu, kerajaan memberi kelonggaran untuk makan di dalam premis dengan syarat, hanya mereka yang lengkap dua dos suntikan vaksin serta melepasi tempoh tertentu saja dibenarkan. Pemilik premis mesti memastikan pelanggan mereka mempamerkan sijil lengkap vaksin Covid-19 sebagai pengesahan.

Perkongsian wanita itu juga telah menerima kecaman daripada pengguna media sosial yang merasakan bahawa perbuatan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati undang-undang.

“Belum kena bolehlah cakap ‘social experiment’ la apa..Allah tu Maha Besar kak, kalau hari ini kau sombong tak percaya dengan ujian yang Dia turunkan, menipu untuk kepentingan sendiri, bala tu turun dekat keluarga akak masa tu harap kau sedarlah silap kau kat mana kak,” kata @AbdMin_.

“Orang macam ni la yang menyusahkan nurse-nurse (jururawat) dan menyusahkan kita dengan kes tak turun-turun. Rasa badan dia kebal la tu,” tegas @Fazbionstarsz.

Sseorang lagi pengguna media sosial, @aily_aid menyatakan rasa marah dan mengucapkan takziah kepada wanita tersebut.

“Kepada akak digambar, salam takziah saya dahulukan. Makcik dan pakcik saya tidak dapat vaccine kena covid, dua-dua tengah tenat kat hospital.

“Kot akak tak kesah pasal anak-anak, sila la buat social experiment akak ni sebab yang teruk kena nanti akak and family,” katanya.

Bagaimanapun, selepas gambar dan kisah itu mula tersebar di media sosial, perkongsian itu yang dimuatnaik oleh wanita itu kini tidak dapat diakses selepas pemiliknya dipercayai menukarkan status kepada mod peribadi. – SB