Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerajaan tetap laksanakan gaji minimum 1 Mei -

Kerajaan tetap laksanakan gaji minimum 1 Mei

WALAPUN terdapat pelbagai cadangan dan rayuan daripada pelbagai pihak, kerajaan tidak akan menarik balik pelaksanaan gaji minimum pada kadar RM1,500.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kadar gaji baharu itu tetap akan dilaksanakan pada 1 Mei ini.

Menurut beliau, perincian lengkap mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Sarabanan dalam masa terdekat.

“Walaupun terdapat pelbagai cadangan, rayuan dan sebagainya saya ingin memberi jaminan hari ini kepada pekerja bahawa penetapan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 1 Mei akan diteruskan.

“Kita tidak akan menarik balik dan sebagainya tidak akan ada ‘U turn’ dan sebagainya akan diteruskan cuma perinciannya akan diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian pada Majlis Penyampaian Pampasan Bekas Pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Dewan Pejabat UMNO bahagian Kemaman, pada Ahad.

Ismail Sabri sebelum ini mengumumkan 1 Mei adalah hari pelaksanaan gaji minimum sebagai penghargaan kepada golongan pekerja.

Sementara itu Ismail Sabri berkata kerajaan akan meminda peruntukan bagi membolehkan guru gred DG 48 ke atas yang tidak terlibat dalam pentadbiran dibenarkan aktif dalam kesatuan.

Katanya pihaknya telah berhubung dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya perkara itu dipinda semula.