Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes dera Bella: 4 peguam pemerhati TMJ hadir ikuti prosiding -

Kes dera Bella: 4 peguam pemerhati TMJ hadir ikuti prosiding

EMPAT peguam pemerhati (watching brief) lantikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu bagi mengikuti perbicaraan kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Keempat mereka ialah Datuk Baljit Singh Sidhu, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd. Radzi Yatiman.

Terdahulu pada Ahad, media melaporkan kesudian Tunku Ismail untuk menawarkan perkhidmatan peguam-peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati berhubung kes penderaan Bella.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Tunku Ismail berkata akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung perkara itu.

Tunku Ismail memberitahu, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan atau awam dan peguam bela yang dilantik untuk mewakili orang kena tuduh (OKT).

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.