Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Remy Ishak tamatkan zaman bujang -

Remy Ishak tamatkan zaman bujang

PELAKON, Remy Ishak, 39, menamatkan zaman bujangnya apabila sah bergelar suami kepada seorang usahawan, Ezza Yusof, hari ini.

Sebelum ini, Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak mengesahkan perkara itu menerusi sebuah rancangan televisyen di Astro Ria.

Menerusi laman sosial Twitternya, Remy menyatakan rasa gugup untuk lafaz akad nikah. Namun secara berseloroh dia yakin mampu menyempurnakan acara akad nikah itu kerana sudah biasa melakonkannya di depan kamera.

“I can do this! Dah rehearsal banyak kali dalam drama kot. Come on!” katanya menerusi ciapan itu.

Bagaimanapun, pelakon itu turut meluahkan kekecewaan apabila ahli keluarga sendiri tidak dapat menghadirkan diri pada hari bahagianya disebabkan pandemik Covid-19.

“Sad part, (bahagian sedih) masa akak, erol dan daus menikah aku selalu ada. Kena jaga keluarga, tapi bila time aku…, covid memang kejam, Allah lebih Maha Mengetahui,” katanya.

Majlis pernikahan itu hanya dihadiri pasangan pengantin serta wali kerana terikat dengan arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) disebabkan negara masih tertakluk bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) akibat pandemik Covid-19.

Sebelum ini, menurut laporan Kosmo Online, Remy sepatutnya sudah bergelar suami kepada Ezza pada Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini berikutan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).