[VIDEO] Penyokong mahu Anwar tinggalkan DAP

Desak ketepikan DAP atau berundur selepas gagal ke Putrajaya sebagai PM

0
412

SELEPAS tewas dalam perebutan meraih sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penyokongnya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua pembangkang ini memuat naik kenyataan di Facebook menjunjung kasih ke atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas pelantikan Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan itu segera mendapat maklum balas netizen yang ramai antaranya menyalahkan pendirian Anwar bekerjasama dengan DAP sebagai punca utama pembangkang gagal meraih sokongan.

Farid Rahman berkata: “DSAI dilihat menyerlah ketika memimpin ABIM tapi bila berpolitik tak nampak keabimanya…..cuba ubahkan konsep berpolitik tanpa perlu berpaut dgn parti yg bercanggah sama sekali dgn jiwa Abim tuuu rasanya rakyat lebih yakin dan peluang utk naik jadi PM lebih cerah….kaluu tak PM tepi forever laaaa,”

Kenyataan terbuka Anwar itu disokong Hayat Rosli: ‘”Terbaik.. DS x pyh la bersekongkol dgn DAP lagi.. udah² la.. selagi ada DAP.. selama itulah berada di site pembangkang.”

Jack Lambo pula berkata, kekalahan itu disebabkan isu mewujudkan hak sama rata oleh Pakatan Harapan (PH).

“Dan terbukti selama jajahan PH selama 22 (bulan) menjurus kepada pencabulan secara rakus, duit tabung Haji, zakat Dan segala tabung milik melayu.. u maybe Akan jadi PM yg terbaik.. tetapi syg.. semua disebaliknya.. Dan rakyat DH mula sedar, Siapa Anwar Ibrahim.. peluang nak jadi PM semakin tipis.. apatah lagi nak menang PRU15.. dijangka.. PH Dan PkR Akan Terus tengelam,”

Adi Chandra Adi juga mahukan Anwar supaya menjauhkan diri daripada DAP. “selagi YB berkerja sama dgn dap, sampai bila-bila la tak jadi pm.. sebab ramai yg benci Dap.. Masa PH memerintah, jadi kucar kacir Dap buat..Nak hidupkan GDL pun jadi susah dan mahal.,”

Dalam kenyataan itu, Anwar yang mewakili blok pembangkang berkata, mereka mengambil maklum bahawa keputusan itu (melantik Ismail Sabri) dibuat menurut lunas-lunas Perlembagaan, demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang kita amalkan.

“Bagi pihak Pembangkang, ini adalah cabaran untuk kita bekerja lebih gigih lagi bagi menghadapi PRU-15. Marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha supaya krisis wabak COVID-19 dan ekonomi segera diatasi dan ditangani demi rakyat.

“Buat semua pimpinan, anggota dan pendukung, kami menggesa semua untuk menerima keputusan ini dengan kecekalan yang jitu untuk bekerja lebih gigih menuju PRU-15, agar kita dapat memenangi semula mandat rakyat yang telah kita terima pada PRU yang lalu,” katanya.

Kemelut politik negara berlaku apabila blok pembangkang mendesak, Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur dan akhirnya, kerajaan Perikatan Nasional dibubarkan selepas beliau meletak jawatan bersama barisan kabinet pada 16 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong meminta semua 220 Ahli Dewan Negara supaya menyerahkan surat akuan (SD) untuk memilih calon Perdana Menteri. Semalam, Ismail Sabri diumumkan sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas meraih 114 sokongan dan dijadual mengangkat sumpah di Istana Negara, pada 2.30 petang ini.

Berdasarkan komen netizen di Facebook, ramai juga yang mendesak supaya Anwar berundur dengan memberi peluang kepada muka baharu.

Arif Billah berkata; “Lawan lawan… Lawan lawan.. hahha apa yang dapat kebencian rakyat membuat-buat … Bersaralah ..bagi org muda pulak cari makan ikut politik… Risauuuuu kadang2.. bila bercakap terlalu banyak tipu daya,”

Pjul Hafizul pula dipetik berkata; “Dah kata tinggalkan DAP tu tak nak dengar,”. Steven Yap pula mengingatkan Anwar supaya tidak mengulangi kesilapan. “Menang atau kalah kena terima. Yang penting perlu belajar daripada kesilapan dan jangan mengulanginya,” – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here