Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jalan-jalan berhampiran Dataran Merdeka ditutup -

Jalan-jalan berhampiran Dataran Merdeka ditutup

JALAN-JALAN di sekitar kawasan dataran merdeka ditutup hari ini rentetan ura-ura akan diadakan perhimpunan haram anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) di kawasan ini hari ini.

Media-media tempatan melaporkan, ketika ini sejumlah besar pegawai dan anggota penguatkuasa sedang dilihat mengadakan kawalan di kawasan berkenaan.

Menurut laporan laporan media, kawasan sekitar dataran merdeka telah mula ditutup sejak pukul 9 pagi.

Antara agensi yang dapat dilihat berkawal di kawasan ini adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selain pihak polis.

Setakat jam 9 pagi ini, masih tidak kelihatan mana-mana individu yang dipercayai berkumpul untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Selain itu, sebanyak 88 laluan di sekitar ibu kota juga akan dilencongkan berikutan kemungkinan berlaku perarakan dan penganjuran perhimpunan tidak sah, hari ini.

Turut dilaporkan media, semalam, Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah larangan sebarang perarakan dari Kompleks Sogo dan Masjid Jamek termasuk kawasan dalam radius satu kilometer serta perhimpunan di Dataran Merdeka, hari ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilapor memberi amaran dan melarang semua pihak daripada hadir, berada atau mengambil bahagian dalam perarakan mahupun perhimpunan itu yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perhimpunan jalanan yang dijangkakan akan diadakan hari ini berkenaan telah dikesan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada awal Julai lepas.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, pada sidang media ketika itu berkata, penganjuran perhimpunan berkenaan adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN). – SB