Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN
SEBUAH billboard Perikatan Nasoional (PN) dan terpampang gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin disimbah cat merah di bulatan Taman Putri, Kulai, Johor dan kejadian itu disedari pagi semalam.
Perbuatan khianat itu disedari seorang lelaki yang merupakan petugas PRN Johor bagi PN, sebelum membuat aduan polis pukul 8 pagi, hari yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ke lokasi kejadian menyiasat perkara itu.
“Siasatan mendapati billboard gambar Pengerusi PN (Muhyiddin) berkenaan disimbah cat merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh didenda atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.