Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Fasih berbahasa Mandarin akrabkan Cik Nani dengan pengundi Semarang -

Fasih berbahasa Mandarin akrabkan Cik Nani dengan pengundi Semarang

SEORANG pemimpin yang hebat perlulah akrab dengan rakyat dan memahami denyut nadi dan kesusahan serta keperitan yang mereka alami agar beliau dapat memberikan solusi yang terbaik kepada mereka.

Kunci untuk mencapai hubungan seperti itu adalah komunikasi – satu kelebihan yang ada pada calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang Perikatan Nasional, Shazani A Hamid yang amat fasih berbahasa Mandarin.

CIK Nani ketika menyantuni pengundi Cina di kawasan DUN Semarang pada Ahad. – SB

Kelebihan yang ada pada Syazani yang lebih mesra dipanggil cik Nani itu membolehkan beliau untuk berkomunikasi dengan kelompok pengundi berbangsa Cina di kawasan ini dan memahami dengan lebih mendalam keperluan dan kesusahan mereka.

“Kemahiran berbahasa Mandarin membuka ruang kepada saya untuk lebih mendekati pengundi berbangsa Cina dan ini merupakan satu rahmat kepada saya.

“Kemahiran ini membolehkan saya untuk berkhidmat kepada rakyat di Semarang dengan lebih menyeluruh dan bukan terkongkong kepada satu-satu bangsa sahaja,” katanya kepada SatuBerita selepas menyantuni pengundi di sekitar Semarang.

CIK Nani ketika menyantuni pengundi Cina di kawasan DUN Semarang pada Ahad. – SB

Anak bekas Penghulu Ketua Kampung Pekan Ayer Hitam itu juga berkata, dengan memahami keperluan dan kesusahan masyarakat setempat.

Selain itu, katanya, hubungan yang di bina dengan rakan-rakan di tempat dia belajar berbahasa Mandarin di SJKC Malayan, Ayer Itam juga memberikan dirinya peluang untuk lebih memahmi aspirasi anak muda berbilang bangsa di kawasan Semarang.

Tambah anak muda berusia 31 tahun ini, kesemua itu memberikan keyakinan yang membolehkan dirinya akan membawa pembaharuan yang amat diperlukan oleh mereka baik dari segi ekonomi mahupun sosial jika terpilih sebagai wakil rakyat di Semarang. – SB