SEBANYAK 12 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah, Melaka berikutan rumah mereka rosak akibat ribut malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka Leftenan Kolonel Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS itu dibuka pada 10.11 malam.
“Kesemua mangsa terbabit berasal dari Kampung Belimbing Dalam dan masih dalam proses pendaftaran,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beberapa kawasan di Melaka antaranya Durian Tunggal di Alor Gajah dan Peringgit di Melaka Tengah dilanda angin kencang dan hujan lebat pada lewat petang tadi.– BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.