22,133 kes positif hari ini, tertinggi sejak Ogos 2021

JUMLAH jangkitan positif Covid-19 pada Selasa merekodkan sebanyak 22,133 kes di seluruh menjadikan angka itu yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu.

Angka berkenaan meningkat sebanyak 818 kes berbanding jumlah sebanyak 21,315 kes direkodkan, semalam.

Kali terakhir negara merekodkan kes harian tertinggi melebihi 22,000 ialah pada 28 Ogos 2021 iaitu sebanyak 22,597 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes positif pada hari ini menjadikan jumlah kumlatif jangkitan kini mencecah 3,083,683 kes.

Katanya, daripada kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 146 kes atau 0.66 peratus melibatkan pesakit kategori 3, 4, dan 5.

Manakala sebanyak 21,987 kes atau 99.34 peratus daripada jumlah jangkitan merupakan kategori 1 dan 2.–SB