Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Siti Nora cuma ahli biasa, bukan Ketua Srikandi Bersatu Maran -

Siti Nora cuma ahli biasa, bukan Ketua Srikandi Bersatu Maran

SITI Nora Mohamad Noor yang menyertai UMNO semalam bukan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Maran, Pahang.

Penjelasan itu diberikan oleh Ketua Bersatu Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin dalam kenyataan media, hari ini

Beliau menambah, kesemua 31 lagi individu yang turut menyertai UMNO bersama Siti Nora bukan ahli Srikandi Bersatu Bahagian Maran.

Mereka didakwa ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Maran dan Bersatu Bahagian Maran tidak mempunyai rekod keahlian mereka.

“Hanya Siti Nora seorang sahaja yang menjadi ahli Bersatu Bahagian Maran sejak 10 April 2021 dan beliau tidak terpilih sebagai Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Maran dalam persidangan dan pemilihan pada 28 November 2021.

“Ketua Srikandi Bahagian Maran yang dipilih ialah Nur Amirah Shafiqah Mohamad Latipi,” katanya.

Semalam, media melaporkan Siti Nora dan 31 individu lain menyerahkan borang permohonan keahlian UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Kuantan.

Sehubungan itu, Jasri mendakwa, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin tidak meneliti dan memberi maklumat salah serta tidak tepat kepada Rosdy.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa kepimpinan Bersatu Bahagian Maran yang terpilih pada persidangan tahunan yang lalu masih kekal utuh dan bergerak sebagai satu pasukanm bersama kepimpinan Srikandi dan Armada bahagian,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, pimpinan Bersatu Bahagian Maran bersikap terbuka dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Siti Nora.