Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PM doakan kesembuhan Muhyiddin, keluarga dilindungi -

PM doakan kesembuhan Muhyiddin, keluarga dilindungi

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin yang positif COVID-19, diberikan kesembuhan.

Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya, Ismail Sabri turut mendoakan semoga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu dan keluarga dilindungi.

“Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi Tan Sri (Muhyiddin) sekeluarga,” katanya dalam catatannya sambil memuat naik semula status Muhyiddin. 

Muhyiddin hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Menerusi catatan di media sosialnya, bekas perdana menteri itu memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).

“Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” katanya sambil meminta mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.

— BERNAMA