Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
19 maut dalam pertemuran dua kumpulan di Barat Papua -

19 maut dalam pertemuran dua kumpulan di Barat Papua

SEMBILAN belas orang ditemui mati di sebuah kelab malam, yang terbakar, berikutan pergaduhan antara dua dua komuniti di bandar Sorong, Wilayah Papua Barat, Indonesia pada awal Selasa, kata jurucakap polis.

Jurucakap Polis Wilayah, Pesuruhjaya Kanan Adam Erwindi berkata pergaduhan bermula pada tengah malam di Double O Executive Karaoke & Club, yang menyebabkan seorang maut.

Pergaduhan itu kemudiannya berterusan sebelum bangunan itu terbakar.

“Selepas pergaduhan itu, 18 mayat lain ditemui di dalam bangunan itu menjadikan jumlah korban kepada 19 orang,” lapor Xinhua, memetik pegawai polis yang memberitahu Metro TV tempatan dalam siaran langsung, sambil menambah beberapa orang lagi cedera.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa kereta dibakar dalam kebakaran di luar kelab malam itu. – Bernama