Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Serangan udara penjara Yaman korbankan 70 nyawa -

Serangan udara penjara Yaman korbankan 70 nyawa

SERANGAN udara ke atas sebuah penjara di Utara Saada, Yaman pada Jumaat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang, lapor AFP.

Menurut laporan agensi berita, serangan udara itu merupakan serangan balas Emiriah Arab Bersatu (UAE) diketuai Arab Saudi ke atas pemberontak Houthi yang menyerang Abu Dhabi, pada Isnin.

Dalam satu kenyataan bersama, lapan agensi bantuan yang beroperasi di Yaman menyifatkan serangan berkenaan satu serangan yang tidak menghiraukan orang awam apabila mangsa-mangsa yang terbunuh adalah termasuk pendatang, wanita dan kanak-kanak.

Mereka berkata penjara di Saada digunakan sebagai pusat tahanan untuk migran, turut menempatkan ramai mangsa di sana.

Dalam kejadian berasingan di bandar pelabuhan Hodeida, agensi bantuan Save The Children melaporkan sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut dalam serangan oleh pakatan berkenaan yang memusnahkan kemudahan telekomunikasi.

Tiga kanak-kanak itu diaporkan sedang bermain di padang bola sepak berhampiran ketika peluru berpandu meletus.

Yaman turut dilaporkan mengalami gangguan internet di seluruh negara ekoran serangan udara berkenaan.

Sementara itu, UAE menegaskan mereka bersama-sama ahli gabungan lain akan kekal komited terhadap tindak balas bersasar dari serangan pemberontak Houthi.

Serangan itu katanya, adalah susulan pemberontak Houthi mengaku bertanggungjawab ke atas serangan dron dan peluru berpandu ke atas Abu Dhabi Isnin lalu sehingga mengorbankan tiga nyawa.

Serangan ke atas Abu Dhabi itu menandakan pemberontak Houthi telah membawa perang tujuh tahun antara mereka dan UAE ke fasa yang baharu.