Priyanka Chopra, Nick Jonas timang anak pertama guna khidmat ibu tumpang

0
500

TIADA angin tiada ribut tiba-tiba sahaja pasangan popular Hollywood, Priyanka Chopra dan Nick Jonas mengumumkan kelahiran anak sulung mereka hari ini.

Mereka yang sudah tiga tahun berkahwin menggunakan khidmat ibu tumpang dan mengumumkan kelahiran tersebut melalui Instagram masing-masing.

“Kami sangat gembira untuk mengesahkan yang kami telah menyambut kelahiran bayi menerusi ibu tumpang. Kami dengan hormatnya meminta privasi pada masa yang istimewa ini untuk memberikan tumpuan kepada keluarga kami. Terima kasih.”

Setakat ini, pasangan tersebut masih belum mendedahkan jantina anak dan nama bayi yang baru dilahirkan itu.

Pastinya berita tersebut mengejutkan umum memandangkan tiada ura-ura mereka akan menggunakan khidmat ibu tumpang untuk memiliki anak sendiri.

Priyanka, 39 dan Nick, 29 berkahwin pada tahun 2018 setelah dua tahun berkenalan. Perkahwinan mereka mendapat liputan besar-besaran memandangkan ini merupakan ‘pertemuan’ dua gergasi industri hiburan dunia.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here