Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mangsa banjir di Johor kekal 77 orang -

Mangsa banjir di Johor kekal 77 orang

JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat kekal 77 orang daripada 24 keluarga pagi Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata, setakat 8 pagi, tiga PPS masih beroperasi di daerah itu dengan dua daripadanya menempatkan mangsa.

“PPS Sekolah Agama Gemereh menempatkan 74 orang daripada 22 keluarga manakala tiga orang daripada dua keluarga berada di Balairaya Gemereh, Batu Badak. PPS Dewan Serbaguna Jalan Genuang pula sebagai persediaan bagi perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Vidyananthan turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Bekok, Empangan Bekok di Batu Pahat supaya berjaga-jaga memandangkan sungai tersebut berada pada tahap waspada.

Beliau berkata cuaca di seluruh negeri dilaporkan cerah setakat ini. – Bernama