Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
38 maut ditimbus runtuhan lombong emas di selatan Sudan -

38 maut ditimbus runtuhan lombong emas di selatan Sudan

SEKURANG-kurangnya, 38 orang terbunuh dalam kejadian runtuhan lombong emas di Kordofan Barat, selatan Sudan, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh sebuah syarikat perlombongan milik kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.

“Pengurus Besar Sudanese Mineral Resources Company Limited melaporkan kejadian 38 pelombong maut dalam runtuhan lombong Umm Draisaya,” kata kenyataan itu.

Lombong emas berkenaan terletak berhampiran bandar El Nuhud di Kordofan Barat, kira-kira 500 km dari ibu negara Sudan, Khartoum.

Kerajaan Negeri dan jawatankuasa keselamatan negeri sebelum ini memutuskan untuk menutup lombong berkenaan dengan alasan tidak sesuai untuk aktiviti perlombongan, menurut syarikat itu.

Bagaimanapun, pelombong masih bekerja di lombong itu walaupun keputusan telah dibuat, katanya.

Kira-kira 2 juta rakyat Sudan bekerja dalam industri perlombongan tradisional termasuk di Laut Merah, Nahr al-Neel, Kordofan Selatan, Kordofan Barat dan Utara.

Menurut statistik rasmi, perlombongan tradisional menyumbang kira-kira 75 peratus daripada jumlah pengeluaran emas di Sudan, dengan melebihi 93 tan setahun. – Bernama