Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan Covid-19 -

Tujuh ADUN Melaka tidak hadir persidangan DUN disebabkan Covid-19

TUJUH Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan Covid-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang megesahkan perkara itu berkata, ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat ADUN disahkan positif Covid-19, dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit.

“Kali ini kita bermesyuarat dalam keadaan yang berbeza, tidak mengikut peraturan-peraturan seperti mana notis yang telah pun kita berikan tempoh hari, disebabkan pandemik Covid-19,” katanya.

Tujuh ADUN yang tidak hadir ialah Datuk Rahmad Mariman (Ayer Molek), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia). – Bernama