Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
“Siapa berada paling bawah harus keluar”- Ramli MS -

“Siapa berada paling bawah harus keluar”- Ramli MS

SETELAH terselamat minggu lalu dalam konsert ke-5 nampaknya Upiak Isil terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila disingkirkan daripada program Gegar Vaganza (GV8) yang berlangsung pada Ahad.

Dalam saingan minggu ke-6 itu, Upiak yang juga merupakan peserta dari Indonesia hanya memperoleh 56.3 peratus menerusi gandingan bersama penyanyi Usop.

Mereka yang menyanyikan lagu Sembunyi tidak berjaya menarik perhatian juri diikuti dengan gandingan Bandi Amuk dan Ewal yang hanya dipisahkan 0.1 peratus dengan markah 56.4 peratus.

“Dia (Upiak) mendapat markah yang paling rendah. Salah satunya adalah disebabkan oleh keserasian mereka berdua itu (duet bersama Usop) seolah-olah macam dia menyanyi sendiri.

“Tak ada keserasian dan dia sendiri sangat ‘goyang’ dari segi notasinya. Jadi juri bersepakat memberikan markah yang paling rendah.

“Bagi saya yang penting siapa yang berada paling bawah harus keluar,” kata juri tetap GV8, Datuk Ramli MS.

Selain Ramli, GV8 turut diadili oleh Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Jennifer Thomsan sekali juri jemputan.

Sementara itu, juara mingguan untuk minggu ke-6 pula menjadi milik Suki Low yang mempersembahkan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang bersama Khai Bahar dengan markah 83.70 peratus.

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz pula terus konsisten apabila berada di tangga kedua (76.20 peratus) manakala Adibah Noor pula di kedudukan ketiga (71.90 peratus).

Antara peserta lain yang masih bersaing termasuklah Aweera, Shidee, Nikki Palikat, Ani Mayuni, Azan Scan dan SA.YA (Saiful Apek & Yassin).