BEBERAPA kawasan di negeri Pantai Timur diramal akan terus dilanda hujan lebat yang berterusan hari ni dan keadaan itu dijangka bertambah buruk.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), hari ini sudah pun mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk (peringkat jingga) dan Amaran Cuaca Waspada (peringkat kuning) untuk beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata Amaran Cuaca Buruk dikeluarkan untuk sembilan kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Amaran sama turut dikeluarkan untuk negeri Terengganu membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus serta Kuala Terengganu.
“Amaran Cuaca Waspada pula membabitkan daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu serta tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, Amaran Cuaca Waspada turut dikeluarkan untuk dua daerah di Johor iaitu Mersing dan Kota Tinggi.
“Angin bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan berterusan dan angin kencang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.