Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
45 kematian baharu akibat Covid-19 -

45 kematian baharu akibat Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 45 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan keseluruhan kematian disebabkan wabak itu berjumlah 29,937, daripada 2.57 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tujuh daripada 45 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.Sementara itu, terdapat 68,637 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 54,174 individu atau 78.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.Seramai 8,268 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sebanyak 5,653 kes dirawat di hospital dan 542 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).Kes ICU membabitkan 274 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 268 lagi memerlukan mesin ventilator. – SB