Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Nahas Hawk 108: keputusan gantung pesawat selepas siasatan selesai -

Nahas Hawk 108: keputusan gantung pesawat selepas siasatan selesai

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata setakat ini pesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.

Beliau berkata sebarang keputusan untuk menggantung pengunaan pesawat itu hanya akan ditentukan selepas hasil siasatan Lembaga Siasatan Khas berhubung insiden pesawat pejuang Hawk terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

Katanya, keputusan itu tertakluk kepada keperluan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung penggunaannya.

“Bagaimanapun, keputusan itu kita serahkan kepada yang lebih pakar (lembaga siasatan khas) dalam hal ini, Panglima Angkatan Tentera akan melaporkan keperluan mereka,” katanya di Melaka, hari ni.

Sementara itu Hishammuddin turut mengingatkan agar tiada pihak cuba mengambil kesempatan serta mengeruhkan keadaan ketika siasatan masih dijalankan selain beliau menzahirkan rasa sedih dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga kedua anggota yang terlibat dalam kejadian itu.

Dalam nahas yang berlaku pada  jam 10.07 semalam, seorang juruterbang TUDM  maut sementara seorang lagi cedera ketika sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan mangsa yang meninggal dunia ialah Kapten Mohamad Affendi Bustamy manakala Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera dalam nahas berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.  – BERNAMA