Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sampai sekarang saya belum mimpikan arwah isteri- Shuib -

Sampai sekarang saya belum mimpikan arwah isteri- Shuib

GENAP 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, suaminya Shuib mengakui masih lagi berendam air mata setiap kali mengenangkan pemergian wanita yang paling dikasihinya.

Shuib, 37 tahun mengakui emosinya juga sering terganggu dan terpaksa menenangkan dirinya setiap kali berhadapan dengan situasi berkenaan.

“Hari ini genap 100 hari pemergian Siti Sarah. Anak-anak okay cuma sesekali cakap mak mereka dah tiada. Kalau saya pula memang rindu. Perasaan itu masih tak boleh ‘move on’ dan senang menangis apabila teringat dia.

“Kalau ikutkan saya ini jenis yang kenal diri sendiri dan penuh dengan motivasi sebab selalu bagi ceramah di sana sini. Tapi apabila ini terjadi, ia terlalu cepat dan memang ambil masa untuk terima.

Saya cuba nak ‘move on’, tapi perasaan saya dia ada saja. Tengok anak-anak, ingat dia,” katanya pada Selasa.

Shuib ditemui pada majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik anak keempatnya, Ayash Affan, 3 bulan dan tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah yang diadakan di kediaman mereka di Puchong, Selangor.

Bercerita lanjut mengenai hal kerinduan, Shuib mengakui yang dia masih lagi belum pernah bermimpikan arwah isterinya.

“Apabila nak buat majlis di sini, rasa dia ada saja. Sebab ketika mula pindah di sini dia memang suka buat majlis di sini. Menang sedihlah.

“Tapi, saya belum pernah mimpikan dia lagi. Sekali pun tidak ada lagi. Hanya anak ketiga, Mateen saja ada mimpi selepas tiga hari dia pergi. Anak lain pun tidak ada lagi,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan semasa, Shuib mengakui yang dia hilang selera makan sejak pemergian isterinya 9 Ogos lalu.

Jelasnya dia sudah tiga bulan kurang selera makan dan berharap keadaan itu akan pulih sedikit masa lagi.

“Kalau dengan arwah dulu dia suka makan. Jadi, saya tak boleh tolak. Makah, jam 2 pagi pun boleh makan lagi. Sekarang makan bila lapar, itu yang badan susut sikit,” katanya.

Sampai sekarang saya belum mimpikan arwah isteri- Shuib

Genap 100 hari pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, suaminya Shuib mengakui masih lagi berendam air mata setiap kali mengenangkan pemergian wanita yang paling dikasihinya.