
CALON paling muda Perikatan Nasional (PN), Dhanesh Basil tidak gentar terpaksa berhadapan pertandingan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.
Berusia 29 tahun, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Multimedia berkata, dia sebenarnya mengharapkan lebih ramai calon tampil menawarkan diri.
“Tidak menjadi isu. Siapa yang boleh memberikan khidmat terbaik bagi penduduk Asahan itu lebih penting,” katanya kepada SatuBerita.

Beliau yakin, pengundi DUN Asahan bijak memilih pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka.
“Bagi pihak saya, saya yakin dengan keupayaan diri saya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat,” katanya.
Selain calon Barisan Nasional (BN) dan tiga calon Bebas, Dhanesh bakal berdepan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mewakili Pakatan Harapan (PN).
Calon-calon lain ialah Mohd Noor Salleh (Bebas), Fairul Nizam Roslan (BN-UMNO), Azmar Ab Hamid @ Sha’aim (Bebas) dan Mohd Akhir Ayob (Bebas)
Pada PRN 2018 kerusi DUN Asahan dimenangi calon BN, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan dengan majoriti 275 undi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.