Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mudah-mudahan kekalahan di Melaka ajar UMNO politik jujur dan bersih - Mokhtar Senik -

Mudah-mudahan kekalahan di Melaka ajar UMNO politik jujur dan bersih – Mokhtar Senik

AHLI Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik, berharap UMNO tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini agar parti itu memahami apa yang diperjuangkannya.

Sambil bersumpah untuk menegaskan sayangnya kepada Muafakat Nasional, beliau menyeru pengundi Pas menjadi guru politik kepada UMNO dalam PRN tersebut.

Jelas beliau, dalam PRN Melaka nanti, parti yang memeterai piagam dengan Pas itu perlu kalah untuk memahami apa yang diperjuangkannya iaitu makna persaudaraan dan pentingnya agama, negara dan ummah.

“Mudah-mudahan kekalahan Umno di Melaka akan banyak mengajar politik jujur dan bersih kepada UMNO.

“Oleh itu semua pengundi PAS perlu menjadi guru politik kepada Umno,” katanya dalam hantaran di media sosial petang tadi.

UMNO sebelum ini mengajak Pas kekal dengan kerjasama Muafakat Nasional malah menawarkan parti itu bertanding dengan menggunakan lambang sendiri.

Bagaimanapun, kedua-dua parti itu membuat haluan masing-masing dalam PRN Melaka dengan Pas bertanding di bawa logo Perikatan Nasional manakala UMNO pula bertanding di bawah lambang Barisan Nasional.

Namun Pas memilih kekal bersama PN dan bertanding menggunakan lambang gabungan tersebut.

Pada Sabtu, Pengerusi Pakatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pas akan dicalonkan di lapan kerusi.

Daripada jumlah itu tujuh daripadanya dijangka akan meletakkan calon Pas berdepan dengan UMNO – dan pada masa sama – PH.

Pagi tadi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan pendirian parti itu agar ahli dan penyokongnya mengundi PN jika bertembung dengan calon UMNO. – SB