Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia di ambang kejayaan tangani Covid-19: Khairy -

Malaysia di ambang kejayaan tangani Covid-19: Khairy

MALAYSIA di ambang kejayaan dalam menangani penularan COVID-19 meskipun belum diisytiharkan menang, kata Menteri Kesihatan, hairy Jamaluddin.

Bagaimanapun beliau menyeru rakyat di negara ini agar terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Saya tahu rakyat sudah rasa gelisah tidak mahu pakai pelitup muka, malah penggunaan katil untuk pesakit COVID-19 ketika ini juga menurun kepada 40 peratus.

“Oleh itu, jika kita terus patuh SOP, sama-sama berjuang melawan COVID-19 dan menghargai jasa petugas barisan hadapan, kita boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3), Penambang, Kota Bharu dan Klinik Kesihatan (Jenis 7) dengan Kuaters Bahagia, Kuala Krai di Klinik Kesihatan Penambang, Kelantan, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Khairy berkata hanya dua negeri lagi masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) iaitu Kelantan dan Sarawak berbanding negeri lain yang telah beralih ke Fasa Empat.

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa 8 November ini selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksana oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) – BERNAMA