Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Azizulhasni, Shah Firdaus berjaya mara ke suku akhir -

Azizulhasni, Shah Firdaus berjaya mara ke suku akhir

by

in

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berjaya mara ke aksi suku akhir keirin selepas mendominasi saringan ketiga dengan mudah di Velodrom Izu di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau berjaya mengatasi lima pelumba lain termasuk Nicholas Paul dan Patryk Rajkowski.

Shah Firdaus selepas terjatuh dihimpit pelumba Great Britain, Jack Carlin.

Dalam pada itu, atlet negara Shah Firdaus itu dihimpit oleh pelumba Great Britain, Jack Carlin, sehingga terjatuh dan tidak dapat meneruskan perlumbaan yang dimulakan semula itu.

Bagaimanapun, walaupun disahkan mengalami kecederaan di bahagian rusuknya, atlet negara kelahiran Muar, Johor itu memilih untuk menyertai pusingan repechage bagi merebut tempat ke suku akhir.

Penuh dengan keazaman dan jiwa yang kental, Shah Firdaus berjaya menamatkan saingan tersebut di tempat kedua sekali gus berjaya untuk ke suku akhir.

Namun, Shah dikejarkan ke Hospital Universiti Juntendo, Shizouka selepas disyaki mengalami kecederaan tulang rusuk.

Kedua-dua pelumba basikal negara itu akan bersaing di peringkat suku akhir esok dalam usaha merealisasikan impian pingat negara. – SB