Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bajet 2022: Tablet untuk 600,000 mahasiswa B40 -

[VIDEO] Bajet 2022: Tablet untuk 600,000 mahasiswa B40

SEPANJANG tempoh pandemik, mahasiswa tetap meneruskan pengajian mereka dalam norma yang baharu.

Bagi pelajar yang kurang mampu , mereka adakalanya perlu meminjam peranti kawan atau terpaksa ke pusat internet di pekan untuk membuat tugasan pengajian.

Malah ada juga yang tidak dapat hadir untuk kuliah atas talian.

Oleh itu, bagi memastikan proses pengajian para pelajar terus terpelihara, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif peranti siswa keluarga Malaysia.

“Insisiatif tersebut adalah untuk membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi,

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta disamping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta” katanya ketika membentangkan bajet 2022 di Parlimen pada Jumaat. 

Seramai 600,000 mahasiswa daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Kerajaan turut bercadang untuk melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM2500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehinga 31 Disember 2022. – SB