Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bajet 2022: RM20 juta untuk E-Sukan, RM5 juta wujud pusat kecemerlangan sukan drone -

[VIDEO] Bajet 2022: RM20 juta untuk E-Sukan, RM5 juta wujud pusat kecemerlangan sukan drone

E-SUKAN kini sudah menjadi fenomena baharu dalam kalangan anak muda dan dilihat mempunyai prospek terbaik pembangunan sukan negara.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, RM 20 juta disediakan bagi merancakkan pertumbuhan dan pembangunan E-Sukan

Selain itu, RM 5 juta disediakan bagi mewujudkan pusat kecemerlangan sukan drone.

“Saya amat gembira apabila membaca berita bahawa terdapat atlet E-Sukan anak tempatan yang berjaya meraih pencapaian cemerlang di kejohanan antarabangsa di Romania baru-baru ini.

“Kejayaan seperti ini adalah bukti bahawa negara kita mempunyai bakat-bakat muda yang perlu disokong dan digilap.” kata beliau ketika membentangkan bajet 2022 di Parlimen pada Jumaat.

Selain itu, beliau juga berkata bagi mengiktiraf pencapaian atlet E-Sukan kelahiran Malaysia yang telah mengharumkan nama seperti NothingToSay, xNova, Mushi dan Oli, kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan E-Sukan yang layak. – SB