Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bomoh ‘Ayah Su’ mengaku tidak bersalah rogol pesakit -

Bomoh ‘Ayah Su’ mengaku tidak bersalah rogol pesakit

SEORANG bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita yang mendapatkan rawatannya, dua minggu lepas.

Jusoh Jaafar, 67, yang digelar ‘Ayah Su’ membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Rozaidi Yaacob.

Warga emas itu didakwa merogol mangsa yang berusia 23 tahun dengan menggunakan kedudukan sebagai pengamal perubatan tradisional di dalam bilik sebuah rumah beralamat di Bunut Susu, dekat sini, pada kira-kira 3 petang, 14 Oktober lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (2) (f) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (2) kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 Oktober untuk sebutan semula kes dan penetapan jaminan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Itah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Nur Fatin Syahirah Abu Hasan.- BERNAMA