Muhyiddin bakal bersiaran tanpa tapisan di Garasi TV malam ini

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan persetujuan beliau untuk menyertai satu program bual bicara tanpa tapisan saluran dalam talian Garasi TV pada malam ini.

Perkara itu telah diumumkan oleh saluran tersebut di laman Facebook rasminya pada Selasa.

Menurut pengumuman itu, temubual tersebut akan diadakan satu dengan satu bersama moderator program tersebut.

Program soal jawab 90 minit bersama Pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan bekas Perdana Menteri itu akan merentas isu kerumitan keadaan politik semasa hinggalah isu persediaan menuju period cabaran hidup pasca endemik Covid-19. – SB